Friday, November 15, 2013

Buka puasa sampai tersandar @ Royale Chulan

Well, last week Friday, geng-geng Technology Astro jemput aku n Azni from Procurement gi buka puasa kat Royale Chulan.

What a coincidence sebab masa mula2 sebelum puasa aku tengok kat CouponHouz ke mane ntah ade promo 50% off untuk buka puasa kat Royale Chulan.

Aku dengar2 orang kata food spread dia banyak, ingatkan nak beli laa kupon utk family aku memandangkan kalau nak beli sorang satu kalau harga full dia memang hampess laa kan RM99 nett.

Skali abah leh cakap takyah laa, takut dorang tipu laa ape laa.. Fine. Aku tak beli takut abah geletek aku sampai kencing.

Tiba2 dapat lak email dari Kak Nurul ajak gi bukak puasa kat Royale Chulan on Friday- sponsored. Hurrmm ape lagiii, terus RSVP. haha mau tak.. harga buffet dah RM99 sekepala. Mane mampu nyah. Jadi perak la jap tergedik nak pergi.

Aku gi ngan Azni n Kak Ida lepas balik kerja. Leh lepak umah Kak Ida kat Vista Komanwel sampai kul 6 hamek ko! Syiok sangat berborak sampai nak dekat 6.15 baru keluar rumah. Ape ko ingat bukak puasa kul 9?

Berlari masuk kereta sekali jam pulak daahhh depan Bukit Jalil, nalareke punye jam.

Sampai Royale Chulan je dah buka puasa, terus grab satu cawan air mata kucing.. Hurmm sedaaapp.



Pastu jadi jakun jap aku masuk hotel yang ambience memang best..

Ala2 jungle gituuu..

Tak banyak gambar aku tangkap. Sebab pelahap sangat sampai bape round aku gi makan.

Tapi frankly speaking, memang food spread dia banyaaaaakkk tapi tak sedap. Aku ni memang kaki makan, enjoy food. Bila dapat food tasteless camtu, haihhh PHAIL.

Kira aku bagi markah kat effort dia nak kasi banyak lauk and provide ambience buka puasa ala2 Mediterranean dalam jungle laa.. haha pelik kan theme tu?


Geng Pelahap- Round 64

Tapi yang best tu dia ada cam Japanese corner yang memang betul2 kat corner ceruk yang aku hanya dapat tau bila perut aku mintak ampun jangan kasi makanan lagi.

Berebut orang nak amek shrimp tempura walaupun ade yang tak masak.

Oh yes yes paling tak boleh lupa pengalaman makan spicy chocolate. euuurghhh!!

Tak boleh lupa okayyy rasa dia.. Mula2 rasa manis pastu pedas je tekak bila dah telan. Geli gile sebab dessert kau rasa cam muntah baby versi pedas. Yekk!!



Oh oh, cube korang teka laki atas ni keje bahagian apa? Hehehe.. Dia ni lah yang jaga butang AFUNDI korang tuu.. Dia yang buka and tutup undi. Baru aku tau memang undi2 tak bias or berat sebelah sebab kita ada hire external auditor untuk audit takut kalau2 Astro tipu undi. Aku pun cam korang gak mula2 ingatkan Astro main tipu angkat je sape2 dia nak jadi juara. So kesah2 Astro tipu undi memang tak wujud ye. Sekian.


So, that's about it. Untuk Food Aficionado macam aku, i wouldn't pay that much untuk Royale Chulan.

Yes for food spread and Raya-like ambiance but No for the food. Sebab takde yang aku berkejar nak berebut tambah lauk.



Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers