Friday, August 5, 2011

PROTON Tak Seteruk yang Korang Sangka



Hari tu aku tengah syok2 layan gelak ngan Kak Lana (officemate aku) dalam kereta tetiba kereta aku bunyik2 kat ngan tayar sebelah kanan.

Pastu aku pun off laa radio nak kasi dengar bunyik tu. Asal plak ni kan? Dlu masa bawak kereta lama pun ade jadi cani..

Aku syak brake disc la ni kot dah bunyi cam besi bergesel je pun.

Asal aku tekan brek je bunyik. Ahh sudah! aku dah pikir mati je kan, dahlaa aku bawak mak orang ni, buat nye kang terbabas takleh brake kang sia2 je plak.

Aku terus call Abah, cakap kereta bunyik2..

Abah dah panik sebab aku bawak kereta main hejut je bunyik ape semua aku tak heran..

Dah nama aku pompuan, tak keje laa aku nak check walaupun adelaa gak inisiatif aku keluar kereta terjenguk2 kat bawah keta konon nampak cam pomen padahal mengomen je aku reti.

Last2 aku cakap ngan abah esok aku check kat service centre PROTON kat Chan Sow Lin tu.

Aku dah bape kali dah berbulu ngan SC ni sebab yang attend aku tu agaknye nak kejar komisyen ke ape ntah asyik suh aku letak minyak ni laa minyak tu laa Magnetrap ape jadah la.

Aku gi pun sebab takde SC lain yang dekat ngan aku, lain semua PROTON EDAR.

Layankan je la gi SC sini sampai abes warranty.

Bulan bape ntah aku dah kena sekali radiator aku pecah. Bodoh kan padahal tak sampai setahun pun aku pakai. Pastu abah dok pong pang pong pang bising sebab keta siap lambat, PROTON anta apologies letter.

Yang customer service general line tu was so nice sebab dia follow up kejap2 sebab abah dok terpekik2 keta tak siap2.

Benda yang supposed to be 1 week, jadi 2 days je. Power of voicing out our rights.

Tapi pelik la kan nak ganti radiator pun amek masa seminggu nenek dia! Dah laa tak bagi kereta bodo satu kasi aku bawak sebab takde keta. Bengkel Ah Chai pun ade Kancil spare nak kasi pakai.

A week later dorang anta apology letter sebab inconvenience and everything. Not bad for a national brand yang orang dok letak bawah kaki sangat.

Yang tadi aku cakap bising2 kat tayar depan tu betul laa sangkaan nye brake disc.

Aku sampai SC tu dalam kul 8 camtu aa, aku budget sebelum kul 9 dia leh rectify problem buat apa patut aku leh chow, ingat masuk office lambat sket aa kalau teruk pun aku amek EL sbb bunyik tu pun makin teruk malam sebelum tu.

Aku gi kat orang yang slalu attend aku tu, tiba2 dia terdiam and offer aku service.

Aku cam asal plak kan? Aku baru je lepas service tak sampai 5000km lagi. Pakai minyak Semi sintetik tak silap leh sampai 7000km baru service.

Aku call abah dia kata service je laa alang2 nak sampai raya ni kang buat palat keta tu kang.

Aku bingai jap suh dia service.

Padahal aku tengok kat service manual tu schedule dia 25000km pastu 30000km.

Aku tau yang sebelum ni aku buat service utk 25000km sebelum waktu nye-23000+km tu pun sebab orang tu advice suh service.

Ni baru 26000+km dah suh service utk 30000km.

Aku suh orang tu buat jugak, tup tup dia tunjuk estimation service 300+. Abah on je pastu aku suh dia amek aku anta aku gi keje.

Tengah hari tu manager dia call aku suara terketar2 cakap brake disc aku rosak so dia dah tukarkan for free. So aku cam okay, so bile boleh siap?

Dia cakap, u punya brake disc rosak, so brake pad pun rosak, kita tukar, so mau charge RM300+

Haikk? Sial laa kan nak charge sebab kerosakan ko sendiri.

Aku suh dia telefon abah, dia cam takut2 sbb dah pernah kena sembur ngan abah.

Kena sembur lagi skali ngan abah sebab asal plak kena bayar kan?

Dia cakap vendor taknak kasi bla bla pastu dia boleh suh abah call vendor sendiri cakap sebab dia tak reti nak cakap? Apekepundek nye tu? Ko manager pastu abah plak kena cakap ngan vendor yang takde kena ngena dalam hal ni?

Abah telefon call centre and spoke tu Ms Norazlina yang side kitorang n marah kenapa jadi camtu plus kenapa kena service when it's not the time yet.

So main customer service centre cancel off everything and repaired everything without having us to pay except for the balancing and alignment dalam RM50+ camtu je.

Petang tu terus dah boleh amek kereta.

Guess what they sent again?

Apology letter. Tepat.

But with Additional Bonus, RM50 worth of service vouchers!



Yeah! Sayang Proton for being fair and has shown good gratitude and now i'm proud to say i am a proud PROTON Persona Elegance owner.

DON'T BE AFRAID TO VOICE OUT OUR RIGHTS sebab kalau kita tak bising, PROTON can never be better. Jangan bunyik belakang2 dok kutuk tapi takde telo nak voice out officially.

1 comment:

  1. omg... kena sembur2 dulu, maki2 dulu baru proton boleh fikir dengan betul eh. tak pro lah mcm tu.

    Bayang kan kalau perempuan yang tiada sape2, beradik pompuan semua, memang kena gulai lah eh.

    ~aziz~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers