Sunday, December 5, 2010

Lupakan jelaa Kari Kepala Ikan Kg Pandan





How was everyone's weekend?

Okay kah?

Weekend aku so-so lah. Semalam gi wedding school mate, Husna. Dah kahwin dah pun. Dia buat aku rasa membuak2 menggeletis nak kahwin jugak. Aichehh. Haha. Aku pulak yang rasa ketinggalan tak kahwin2 padahal aku baru je 21. Sekarang ni kalau kahwin muda cam dah jadi trend pulak. Tapi jangan la pulak korang kahwin mudah seperti kahwin percuma bila di tangkap basah. Hehe.

Pasal hari ni pulak, kitorang satu family had a very late lunch, dalam kul 4 camtu baru menggagau nak cari lunch al kisah sebab semua syok membuta sampai tengah hari. Jam betul laaa KL hari ni memandangkan ada 2 demonstrasi kat Istana Negara pasal kenaikan harga air dan Anti Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor. Tak pasal2 kitorang yang tak bersalah ni terpalit gak sangkut dalam jam.

At first nak gi makan kari kepala ikan kat Taman Wahyu Selayang. Pergghh dalam tekak dah terasa dah dia punya kari terangkat ngan sotong goreng dia. Perut aku dah tak reti diam membebel. Sekali punya la jam sampai abah cakap jom lah try makan the ever famous Kari Kepala Ikan Kampung Pandan. Aku terkejut gak abah yang cadang sebab dia bukan reti nak cuba benda2 baru ni. So kitorang layankan je laaa memandangkan memang dah teragak sangat nak makan kari kepala ikan. Kat tekak aku dah terbayang dah yang kari dia memang sedap ah sebab ramai cakap kat situ sedap.

Aku sampai je terkejut aku tengok atas meja orang lain, kari kepala ikan dia serve dalam pinggan bujur leper. Aku pikir, ah kitorang makan dia kasi kuali kecik punya ni cam kat E&O Taman Wahyu tu. Kitorang pun duduk lah, order kepala ikan kecik sebab mama n Kak Yah (cousin) je yang makan. Sekaliiiii sampai dalam pinggan leper ngan sudu plastik makan cendol. Macam hape je aku tengok. Nama bukan main gah orang dok sebut, tapi food presentation dia FAIL. Tapi takpelah, aku kasi can dulu tengok terangkat ke tak.


Sampai je nasik aku dah nak baling dah tengok nasik lembik. Pikirkan lapar, aku layankan jela tuang kari dalam pinggan. Sekali kaaauuu kari dia HAMPEH! Entah ape yang orang dok kata sedap, sedap. Last2 bila dah abes makan, mama terbalikkan kepala ikan dalam pinggan dia, ada telur lalat. Aku hangin laa satu badan. Suruh abah report, aku cakap laa mintak discount memandangkan kitorang dah abes makan.


Ni korang nampak cam telur lalat ke telur ikan ni?


Pastu sampai kaunter tu Abah cakap laa ade telur lalat kat kepala ikan tu. Mamak ke India pun aku tatau la kan boleh naik suara kat Abah buat2 terkejut konon cam mana boleh telur lalat tu kat situ. Ehhh kalau dah kitorang tengok ada telur lalat dah tentu2 laa memang lalat bertelur kat situ, takkan aku plak nak pedajal dia berak kat kepala ikan tu. Ingat bangang sangat ke kitorang tak reti kenal telur lalat? Last2 dia malas nak bertekak dia bagi RM6 je discount sebab dia charge kitorang RM106. Taik ah! Dah lah kepala ikan tu RM55, tak berbaloi langsung ngan dia punya kecik tu.


Tu laaa aku nak cakap ni, kalau sesape yang nak cari the best fish head curry in town, tolong lah carik E&O kat Taman Wahyu Selayang. The best laa yang pernah aku rasa. Rasa dia first class. Tak tipu punyaa. Tak caya gi laa try, Jalan-Jalan Cari Makan pun pernah datang sini. Company ni dulu kedai mamak punya, tapi bought over by Chinese. Tempat dia punya laaaa bersih. Serious bersih sebab setiap kali customer datang, dia akan lap cermin display tu. Lantai dia tak pernah aku tengok kotor la kalau nak banding ngan Kari Kepala Ikan Kampung Pandan yang bila aku jalan, dok creeett creeett bunyi kasut aku sebab melekit. Dia punya food presentation memang best laa. Dia letak kepala ikan tu dalam kuali kecik ngan api kat bawah tu ntah ape ke namanye ntah. Pastu rasa makanan dia memang sedap. Siapa yang pernah rasa mesti tau betapa class nye rasa kari dia. Perrgghh. Pastu plak ngan sotong goreng n udang goreng rempah dia, waahhh! Terliuq dah aku!


Memang harapan la aku nak datang situ Kampung Pandan tu lagi. Entah ape yang sedap pun aku tatau. Dah lah first time datang, dia bagi welcome gift telur lalat, u bertelur sebijik kat kepala ko kang! Sanggup lah aku redah jam 2 jam kalau aku sangap kari kepala ikan sekali pun. Hmph!

7 comments:

  1. wedding husna mane ko gi weh..??

    ReplyDelete
  2. husna othman? sape yg comment ni weh?

    ReplyDelete
  3. hahaha tu laaa. dah masuk perut daahh :p

    ReplyDelete
  4. buek....telur lalat... muntah...

    ReplyDelete
  5. Yg kat selayang tu area mana? Bagi la alamat sekali tak pon google kew. Malam bukak tak?

    ReplyDelete
  6. Yang kat selayang tu nama dia E&O kot tak silap.. Kat taman wahyu. Tak sure plak alamat dia,. Sorry..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers