Thursday, December 9, 2010

Kisah Pengemis yang Menakjubkan


Aku bagaikan tak percaya bila colleague aku citer yang kakak ipar yang kerja bank, dia dapat sorang customer yang nak apply loan, tapi customer nya itu adalah seorang pengemis!


Huk Aloh! Giler aa. Akak ipar kwn aku ni cerita laa yang dia dapat application for loan. Orang ni tak attach any statements of income or pay slip ke apa tapi account dia memang cash flowing in and out sangat smooth. So akak ni pun call laa customer dia, beginilah lebih kurang perbualan telefon nya:


Akak: Encik, boleh saya tau encik kerja apa?

Customer: ***cam nak mengelak and buat2 tanya soalan lain****

Akak: Encik, saya nak tau pekerjaan encik and penyata gaji encik supaya saya boleh proceed dengan loan application ni

Customer: Saya ni pengemis. Eh, jangan ingat pengemis tak mampu okay nak apply loan untuk beli rumah! (Dia tiba2 datang angin taufan dia boleh naik suara padahal akak tu tak cakap apa pun).

Dia sambung lagi..

Customer: Awak jangan nak merendah2 kan PEKERJAAN saya ni tau tak?! Awak jangan ingat saya ni hina.



WAAHHHH!! Akak tu pun tercengang sampai sekarang.



Helo, aku nak tanye sket, mengemis tu satu pekerjaan ke? Kalau camtu aku pun nak panggil yang mat pit semua tu satu pekerjaan lah macam "Hai, saya BEKERJA sebagai hamba dadah" walaupun dorang ni kerja ngabihkan boreh orang ramai je. Same je laa cam pengemis yang most of them sihat walafiat, tapi boleh pilih mengemis sebab lagi masyuuukkk.


Ewah2. Dia sendiri yang mengaku mengemis tu pekerjaan dia padahal mengemis tu bukan pekerjaan kaaann? Ke aku je yang tatau dalam undang2 buruh dah memang termaktub mengemis tu ada dalam undang-undang seperti jika anda tidak dapat apa2 hasil kemisan (ini perkataan kah?) sebelum 7hb setiap bulan, maka anda sendiri akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mampu membayar diri sendiri gaji. Heh?


Tapi agak pelik sebab dia boleh menjana pendapatan >RM1500 sebulan dengan mengemis je weh!! DAAAAANNN siap nak beli rumah wehh dengan hasil kemisan dia tuuu. Aku puuun takde rumah sendiri lagi. Tiba2 aku plak rasa aku yang pengemis. Ek ehhh kufur nikmat betul kau ni ye Syaheera. **Cepat2 istighfar**


Nota kaki: Aku masih tercengang bersama-sama akak itu tadi sehingga saat ini. Aku masih berkira-kira sama ada nak mengemis part time macam buat MLM tu supaya dapat hasil tambahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers