Thursday, December 9, 2010

Kisah Pengemis yang Menakjubkan


Aku bagaikan tak percaya bila colleague aku citer yang kakak ipar yang kerja bank, dia dapat sorang customer yang nak apply loan, tapi customer nya itu adalah seorang pengemis!


Huk Aloh! Giler aa. Akak ipar kwn aku ni cerita laa yang dia dapat application for loan. Orang ni tak attach any statements of income or pay slip ke apa tapi account dia memang cash flowing in and out sangat smooth. So akak ni pun call laa customer dia, beginilah lebih kurang perbualan telefon nya:


Akak: Encik, boleh saya tau encik kerja apa?

Customer: ***cam nak mengelak and buat2 tanya soalan lain****

Akak: Encik, saya nak tau pekerjaan encik and penyata gaji encik supaya saya boleh proceed dengan loan application ni

Customer: Saya ni pengemis. Eh, jangan ingat pengemis tak mampu okay nak apply loan untuk beli rumah! (Dia tiba2 datang angin taufan dia boleh naik suara padahal akak tu tak cakap apa pun).

Dia sambung lagi..

Customer: Awak jangan nak merendah2 kan PEKERJAAN saya ni tau tak?! Awak jangan ingat saya ni hina.



WAAHHHH!! Akak tu pun tercengang sampai sekarang.



Helo, aku nak tanye sket, mengemis tu satu pekerjaan ke? Kalau camtu aku pun nak panggil yang mat pit semua tu satu pekerjaan lah macam "Hai, saya BEKERJA sebagai hamba dadah" walaupun dorang ni kerja ngabihkan boreh orang ramai je. Same je laa cam pengemis yang most of them sihat walafiat, tapi boleh pilih mengemis sebab lagi masyuuukkk.


Ewah2. Dia sendiri yang mengaku mengemis tu pekerjaan dia padahal mengemis tu bukan pekerjaan kaaann? Ke aku je yang tatau dalam undang2 buruh dah memang termaktub mengemis tu ada dalam undang-undang seperti jika anda tidak dapat apa2 hasil kemisan (ini perkataan kah?) sebelum 7hb setiap bulan, maka anda sendiri akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mampu membayar diri sendiri gaji. Heh?


Tapi agak pelik sebab dia boleh menjana pendapatan >RM1500 sebulan dengan mengemis je weh!! DAAAAANNN siap nak beli rumah wehh dengan hasil kemisan dia tuuu. Aku puuun takde rumah sendiri lagi. Tiba2 aku plak rasa aku yang pengemis. Ek ehhh kufur nikmat betul kau ni ye Syaheera. **Cepat2 istighfar**


Nota kaki: Aku masih tercengang bersama-sama akak itu tadi sehingga saat ini. Aku masih berkira-kira sama ada nak mengemis part time macam buat MLM tu supaya dapat hasil tambahan.

Monday, December 6, 2010

8 Things i Love about Shout Awards 2010

Ni kesah pasal Shout Awards. ye lah aku tau laa dah lepas lama daah. Tapi aku busy, tak leh nak citer. Shout Awards 2010 kat Bukit Jalil la sama cam last year punya location gak. Tapi this year lagi best. Tak macam last year. Sebabnya?

1. Sebab aku datang awal, kul 4.30pm dah kat sana walaupun gate bukak kul 6. Tiket yang aku dapat tu standing. Tapi sebab datang awal, dorang offer SCREAMERS punya tag. haaa kauu layankan je. SCREAMERS ni dapat privilege masuk awal n berdiri kat gate yang depan stage tu. So korang tau laa, aritu aku ada cakap Iyaz depan mata je kan. Sebabnya aku SCREAMERS, masuk dulu so boleh cop port yang best aa. Macam last year takde tiket ni kot. Sebab aku dapat tiket standing biasa je.




2. Stage setting dia memang best. Sebab macam ala2 MTV awards. Ada mosh pit lagi siaaap kat tengah2 for about 200pax di mana anda akan di kurung di dalam kotak di tengah stage and menghavockan suasana. Mula2 cam aku jeles aa tak dpt mosh pit tu. Tapi bila dah start show aku cam Alhamdulilaaah tak dpt situ. haha sebab nampak bontot artis je. Aku siap dapat rasa percikan mouth water(bak kata Johan) artis2 lagi youu.

3. Iyaz jadi guest dia this year which.. I LOVE! AUUUUUU!!!! Tapi kalau next year panggil Ne-Yo pun lagiiiiii best :p My ultimate crush after Usher. Tee hee.



4. Tahun ni gi ngan other 2 friends yang best ngan kawan2 my 2 sisters so in total ada 13 orang kat gate depan tu, last year was standing ngan Hafiz je. So nak menggeletis lompat2 pun takde geng. Lompat ngan Hafiz dah macam cite Lion King Hakuna Matata dah. Tak best langsung sebab takde crowd.



Ni kaedahnya kitorang duduk sebab nak mengecop tempat depan gate tu sebab ni baru jam 6.30 pm and show starts at 8.30pm so melanguk laa ko kat situ sampai start.


5. Jozan memang lawak gile, nak roboh dah barrier gate tu kitorang ketuk2. hahaha



6. Opening act dance gempak gile babs bila Wakaka Crew and Giler Battle Crew dance!! PLUS, kitorang ada get involved jugak sbb dorang cam bagi stick lampu yang bleh patah2 tu kat kitorang and sebelum show dorang dah brief, nanti dancers menari, follow. Tapi cam sengal, masa dah masuk, patut SCREAMERS je dapat, tapi ngan org dapat ticket standing pun dia leh campak2 and dorang dapat. So opening act yang patut cantik gila sebab patut crowd follow dancers jadi cacat sket.


Spot me in purple tshirt and my friend, Arietha at 2:10 LOL!

7. Performances best cuma ade certain artistes tak patut perform sebab crowd cam haa? Takleh nak follow lagu nye. Tapi time Wakaka and Giler Battle, battle memang aku pun terkinja kat bawah sebab aku takleh tengok benda alah camni, aku nak ter dance skalik. hehe.

8. Dapat tangkap gambar ngan Hafiz (obviously bukan my bf la) Flym and Henry Golding sebab dorang jalan kuli kilir depan gate kitorang. Heh!


Okay dah lah. Korang layankan je picture2 kat bawah ni yer.



The three hosts untuk Shout Awards 2010, L-R: Henry Golding, Sarah Lian, Hafiz Hatim

Havoc gile babs sebab ade batang bercahaya tu laa. Nampak lively award tu

New friends :) Girl in stripes tu my sister

The girls waktu briefing utk Screamers before Fika datang


Italic
Diana Danielle, Nora Danish n Aizat Amdan

My Superman. tee hee :p


Cool en ada 3 DJs kat atas tengah2 tu. Cam dorang control crowd. Gempak!
Hafiz and si muka berminyak
Elok je abes tangkap gambar ade sorang mamat loser boleh sound Hafiz cakap "Weh Hafiz, hari tu ko tangkap gambar ngan ex gf aku apehal?" Kitorang both cam whhaaaTTT?? Loser gile dowh statement mamat tu. dah lah dah EX pastu dah memang si Hafiz ni celebrity, for sure laaa tangkap gambar ngan ramai orang. Kalau cam aku tangkap gambar ni takkan Hafiz aku nak gi jumpe Hafiz ni "Weh bro, pehal tangkap gambar ngan gf aku?" Geli je kalau aku dengar. Pastu Hafiz Hatim ni cool gila jawab kat mamat loser tu "Sorry bro, aku tak tau and aku tak bersalah" Senyum sinis and then blah. Hahah


Henry di celah jaring
Tak puas ati, retake photo. Haha

Sunday, December 5, 2010

Lupakan jelaa Kari Kepala Ikan Kg Pandan





How was everyone's weekend?

Okay kah?

Weekend aku so-so lah. Semalam gi wedding school mate, Husna. Dah kahwin dah pun. Dia buat aku rasa membuak2 menggeletis nak kahwin jugak. Aichehh. Haha. Aku pulak yang rasa ketinggalan tak kahwin2 padahal aku baru je 21. Sekarang ni kalau kahwin muda cam dah jadi trend pulak. Tapi jangan la pulak korang kahwin mudah seperti kahwin percuma bila di tangkap basah. Hehe.

Pasal hari ni pulak, kitorang satu family had a very late lunch, dalam kul 4 camtu baru menggagau nak cari lunch al kisah sebab semua syok membuta sampai tengah hari. Jam betul laaa KL hari ni memandangkan ada 2 demonstrasi kat Istana Negara pasal kenaikan harga air dan Anti Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor. Tak pasal2 kitorang yang tak bersalah ni terpalit gak sangkut dalam jam.

At first nak gi makan kari kepala ikan kat Taman Wahyu Selayang. Pergghh dalam tekak dah terasa dah dia punya kari terangkat ngan sotong goreng dia. Perut aku dah tak reti diam membebel. Sekali punya la jam sampai abah cakap jom lah try makan the ever famous Kari Kepala Ikan Kampung Pandan. Aku terkejut gak abah yang cadang sebab dia bukan reti nak cuba benda2 baru ni. So kitorang layankan je laaa memandangkan memang dah teragak sangat nak makan kari kepala ikan. Kat tekak aku dah terbayang dah yang kari dia memang sedap ah sebab ramai cakap kat situ sedap.

Aku sampai je terkejut aku tengok atas meja orang lain, kari kepala ikan dia serve dalam pinggan bujur leper. Aku pikir, ah kitorang makan dia kasi kuali kecik punya ni cam kat E&O Taman Wahyu tu. Kitorang pun duduk lah, order kepala ikan kecik sebab mama n Kak Yah (cousin) je yang makan. Sekaliiiii sampai dalam pinggan leper ngan sudu plastik makan cendol. Macam hape je aku tengok. Nama bukan main gah orang dok sebut, tapi food presentation dia FAIL. Tapi takpelah, aku kasi can dulu tengok terangkat ke tak.


Sampai je nasik aku dah nak baling dah tengok nasik lembik. Pikirkan lapar, aku layankan jela tuang kari dalam pinggan. Sekali kaaauuu kari dia HAMPEH! Entah ape yang orang dok kata sedap, sedap. Last2 bila dah abes makan, mama terbalikkan kepala ikan dalam pinggan dia, ada telur lalat. Aku hangin laa satu badan. Suruh abah report, aku cakap laa mintak discount memandangkan kitorang dah abes makan.


Ni korang nampak cam telur lalat ke telur ikan ni?


Pastu sampai kaunter tu Abah cakap laa ade telur lalat kat kepala ikan tu. Mamak ke India pun aku tatau la kan boleh naik suara kat Abah buat2 terkejut konon cam mana boleh telur lalat tu kat situ. Ehhh kalau dah kitorang tengok ada telur lalat dah tentu2 laa memang lalat bertelur kat situ, takkan aku plak nak pedajal dia berak kat kepala ikan tu. Ingat bangang sangat ke kitorang tak reti kenal telur lalat? Last2 dia malas nak bertekak dia bagi RM6 je discount sebab dia charge kitorang RM106. Taik ah! Dah lah kepala ikan tu RM55, tak berbaloi langsung ngan dia punya kecik tu.


Tu laaa aku nak cakap ni, kalau sesape yang nak cari the best fish head curry in town, tolong lah carik E&O kat Taman Wahyu Selayang. The best laa yang pernah aku rasa. Rasa dia first class. Tak tipu punyaa. Tak caya gi laa try, Jalan-Jalan Cari Makan pun pernah datang sini. Company ni dulu kedai mamak punya, tapi bought over by Chinese. Tempat dia punya laaaa bersih. Serious bersih sebab setiap kali customer datang, dia akan lap cermin display tu. Lantai dia tak pernah aku tengok kotor la kalau nak banding ngan Kari Kepala Ikan Kampung Pandan yang bila aku jalan, dok creeett creeett bunyi kasut aku sebab melekit. Dia punya food presentation memang best laa. Dia letak kepala ikan tu dalam kuali kecik ngan api kat bawah tu ntah ape ke namanye ntah. Pastu rasa makanan dia memang sedap. Siapa yang pernah rasa mesti tau betapa class nye rasa kari dia. Perrgghh. Pastu plak ngan sotong goreng n udang goreng rempah dia, waahhh! Terliuq dah aku!


Memang harapan la aku nak datang situ Kampung Pandan tu lagi. Entah ape yang sedap pun aku tatau. Dah lah first time datang, dia bagi welcome gift telur lalat, u bertelur sebijik kat kepala ko kang! Sanggup lah aku redah jam 2 jam kalau aku sangap kari kepala ikan sekali pun. Hmph!
Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers