Friday, April 23, 2010

Generasi ke-7 Mahsuri dah jadi isteri orang


PHUKET, Thailand 22 April – Dengan sekali lafaz Wan Aishah Wan Nawawi, generasi ketujuh Mahsuri, hari ini sah menjadi isteri kepada Alee Tongyon, 27, seorang usahawan muda industri pelancongan.

Digelar Princess, Wan Aishah, yang nama Siamnya ialah Sirintra Yayee, dinikahkan sendiri oleh datuk sebelah ibunya, Abdul Karim Dumluck dengan bersaksikan khatib Masjid Kampung Tambon, Kemala di sini Abdul Kadir, dan bilal masjid, Rofiq Somsat.

Majlis pernikahan itu dilangsungkan malam ini di masjid berdekatan kediaman ibu bapa Wan Aishah di Kampung Tambon, Kemala.

Satu majlis resepsi akan berlangsung di rumah Wan Aishah pada Sabtu ini dan dijangka dihadiri hampir 600 tetamu jemputan.

Salah seorang ahli keluarga Wan Aishah memberitahu pernikahan Wan Aishah diatur oleh keluarga.

Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.

Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan awal tahun lalu.

Bakal suami Wan Aishah difahamkan seorang usahawan yang memiliki syarikat produksi dan terlibat dalam bisnes hotel serta resort di Phuket.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.

Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

Pemegang Ijazah Komunikasi Ramkamseng Universiti Bangkok akan memenuhi impiannya menjadi wartawan walaupun setelah bergelar isteri. – Utusan

Wednesday, April 21, 2010

Saya takde baju kurung pink

Saya takde baju kurung pink. Saya terpaksa pinjam kat sahabat saya yang menggilai pink. Nak tengok aku pakai baju kurung pink? Hurmmm taknak tengok sudah! Emo plak kau ehh.



Motif? Entah. Bosan lah di malam hari. Nak baca CTU bosan. Final start Khamis ni. Tapi satu chapter pun tak sentuh lagi. Sem ni belajar CTU pasal etnik. My goodness. Sumpah bosan nak menelaah. Jadi, aku pun buatlah entry di kala bosan ni lepas terpandang gambar kat dalam phone. Muahaha



Haa pilih bang jangan tak pilih.



Masya Allah, gelak cam puaka kauu.



Kalau korang nak tau, time ni aku ade presentation. Kena promote product kelas Marketing Communication. Haa dah name produk pun Pink Guava, semua pakat suruh aku pakai pink. Yelaahhh. Yang hado aku baju kurung pink. Terpaksa rembat kat Fida.


Soalannya sekarang perlukah mintak kat mama baju kurung pink? Hehe

Monday, April 19, 2010

Laaa Bust Aid rupanya ku sangka kan Koyok!

Semalam ada benda kelakar jadi. Sumpah kelakar. Masa tu nak keluar gi beli lunch untuk mama n adik-adik. Masa nak masuk kereta tu kat lantai tempat driver tu ade cam wrapper Bust Aid. Dia takde laa tulis apa pun kan, putih kosong je. Pastu tengok kat wrapper tu dah kosong. Dalam hati dah pikir bukan-bukan. Hafiz ni bawak perempuan lain ke masuk kereta ni kan.

Syera: Syg, siapa pakai Bust Aid ni?

Hafiz: I lah!

(muka ai terus cam pelik gila kan)

Syera: Asal u pakai?

Hafiz: Ye laa leher I sakit tadi, I tampal kat leher I. Asal?

---Terus aku bantai gelak!----

Syera: Syg u tau tak ape tu sebenarnye?

Hafiz: Errr. Koyok kan?

--Makin kuat aku gelak—

Syera: Yang, you rasa tu koyok ke?

Hafiz: Urrmm..Tu utk tetek ke? (Entah cane ntah dia boleh teka kan time ni)

BAHAHAHAHAHAAH terus Hafiz, Jeela ngan aku-aku skali bantai gelak second round sampai tak cukup nafas


P/S: Untuk kaum lelaki yang tak tau Bust Aid tu ape, dia macam plaster tutup nipple tu kalau cam tak pakai bra ke kan. So takdela laki nak stim2 kan kalau ternampak putting tu. Haha. Bust tu tetek ok selain daripada breast. LOL


Ni hah, rupe Bust Aid nye.

Hafiz: I siap bagi Nabil lagi letak kat kepala dia sebab dia sakit kepala. Dia siap bau lagi dia ckp:

(Nabil: “ Apiz, asal tak bau minyak gamat pun ni? Koyok kan slalu bau minyak?) Pastu I leh cakap kat Nabil “Ala ko pakai je laa Bil. Tapi aku pun pelik gak asal melekat kuat je koyok ni”

Bahahaha lagi laaaa kuat aku ngan Jeela bantai gelak kan. Hafiz pun dah tak tahan gelak cam gile.

Pastu semua dah abes gelak, Hafiz leh sambung lagi “Patut lah benda tu ade dua. Ingatkan koyok alaf baru, bentuk bulat, selalu kan kotak2”


Bahahahaha

Kitorang gelak Nauzubillah, sampai nangis2 tak ingat Tuhan time tu. Punyalahh bertuaah betul sayang aku tu kan.

Hehe Al kisahnye Hafiz tak tau pun tu ape benda sbb ai tak pernah pakai pun. Benda tu dpt free sebab beli Wacoal time promo dulu. Skali aritu cane ntah leh terkeluar 1 set, tu yang gamaknye kawan tu leh amek, siap ajak Nabil lagi pakai konon2 leh baik sakit pale die. Huhu. Yang best tu, yang kotak pink tu ade lagi kat bilik. Yang tercicir satu je pulak kan. Hilang 1 set tinggal 4 dahh :p



So, moral of the story is, lain kali, kalau nak letak barang-barang perempuan ni, letak lah kat tempat yang betul. Kang tak pasal-pasal pantyliner Kotex yang pocket pack tu kaum Adam ni tak tengok selamat je bawak gi office, ingatkan pocket tissue. Hahaha


Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers