Friday, March 26, 2010

Ada apa dengan Bubble Tea?



Bubble tea korang pernah dengar tak? Adoi. Kalau tak pernah dengar tu sayang nye laa hidup tapi tak pernah tau. Ai pun baru baru ni je tergila-gila kan bubble tea. Sebelum ni kawan-kawan dok minum tapi tak pernah heran. Tapi sekarang, ha kau siap gi beli lagi tuuu. Sanggup habiskan Rm59 beli barang2 dia yang sampai setahun pun boleh pelahap.


Nak tau tak cara-cara buat bubble tea? Meh duk dekat sikit sambil bawak bahan-bahan bubble tea tu dekat dengan laptop.



Bahan-bahan

1) Tapioca Pearl/ Bubble


Ni le tapioca pearl tu sebelum masak. Keras berbanding yang dah dimasak, kenyal2. Banyak ni haa dalam satu pek, sampai 3 kilo kauuu.


2) Serbuk perasa (Sukati korang la ye nak rasa ape, ai suke choc, so i punye choc powder le)



3) Serbuk Creamer (Memang ada yang khas untuk bubble tea tau)
4) Air Gula
5) Air
6) Straw gemuk (aha. Ni penting ye untuk menyedut bubble yang hebat rasanye tu :p)


Cara nak buat nye:

First-first tu :
Masak air sampai menggelegak (suhu 100 darjah celcius cikgu sains kate) pastu masukkan bubble dalam air panas tu dan tutup periuk tau. Tunggu la jap dalam 15-20 minit, sempat la kalau nak tengok spongebob satu episod. Lepas dah masak tu, tutup api and biar je bubble tu terendam dalam air dalam 10-15 minit lagi.


Lepas tu:
Keluar kan bubble tu, tos dan rendam dalam air gula supaya rasa la sket manis kat bubble tu.


Bubble yang dah masak dan ditoskan


Lepas tu plak:
Sediakan shaker. Kalau takde shaker, pi laa beli. Kalau nak jimat duit beli Blackberry, toksah beli, selongkar dapur mak anda dan cari laa botol2 yang mulut dia besar Masukkan satu sudu serbuk perasa. Sebenarnya terpulang kat hangpa semua la nak kaw sket kasi taruk banyak sket. Masukkan satu sudu creamer dan air gula. Creamer tu rasa nye cukup la kot satu tapi air gula tu terpulang kalau nak manis buh banyak kalau nak pahit toksah buh langsung. Letak air dan kacau semua tu. Pastu, letak la ais untuk kasi sejuk sikit.




Then:
Menari samba bersama shaker anda. Goncang la sekuat hati sampai sebatu. Ehh sebati. Pastu kan, letak laa bubble anda tu dalam gelas bersama straw gemuk anda. Bukak shaker tu dan tuang air lalu anda pun dah boleh la sedut sampai menjadi ketagih macam i ni.



Semoga anda bergembira lah ye sewaktu membuat bubble tea ni. Kalau nak beli bahan-bahan, cuba cari supplier okai? Kalau dah teragak sangat dan malas nak berkecah-kecah, pi jelaa beli kat kedai. Senang.


Sekian, Selamat Mencoba!

9 comments:

  1. beli kat mana shaker tu??? pearl tu lak ada jual kat ner??

    ReplyDelete
  2. erm,i berminat la nak buka bisnes bubble ni,u rasa kat malaysia ni de kursus tuk buka perniagaan ni tak?hope u leh reply..thanks=)

    ReplyDelete
  3. ASKUM..I NAK TAHU KAT NER NAK BELI PEARL TU? TLGLAH BG MAKLUMAT K..OR TLG SMS KE NUMBER SY..0123287353 MIMIHONEY..BERMINAT SGT NAK TAHU INFO DR U..

    ReplyDelete
  4. Hi All, sorry for not replying. Tak perasan.

    About this, i beli bubble ni kat area rumah i kat Cheras, I will give you the contact details yea..

    03-91018031 or 012-2118602. Company ni nama nya Vita Fruit. Tapi ada jugak companies lain yang buat ni. Tak silap i kat Klang pun ada satu tp i takde contact number nye. Hope that helps :)

    ReplyDelete
  5. kak,kt mne nk beli tapioca pearl 2?

    ReplyDelete
  6. beshnyeeee. cheras area mn? i dok maluri. pliss bgtau. or add my fb. eyqa syawal.

    ReplyDelete
  7. You boleh call the shop 03-91018031 or 012-2118602..

    Dia kat area kedai Chicken Chop yang famous tu..Kat bukit Cheras tu

    ReplyDelete
  8. ok, suka sgt bubble tea!
    kat kedai yg u bgtau tu, semua ada jual ke; powder, pearl, creamer powder.
    klu semua ada senang lah.

    thx a lot.

    ReplyDelete
  9. Tapioca pearl ni sebenarnya elok untuk kesihatan :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers