Friday, March 26, 2010

Ada apa dengan Bubble Tea?



Bubble tea korang pernah dengar tak? Adoi. Kalau tak pernah dengar tu sayang nye laa hidup tapi tak pernah tau. Ai pun baru baru ni je tergila-gila kan bubble tea. Sebelum ni kawan-kawan dok minum tapi tak pernah heran. Tapi sekarang, ha kau siap gi beli lagi tuuu. Sanggup habiskan Rm59 beli barang2 dia yang sampai setahun pun boleh pelahap.


Nak tau tak cara-cara buat bubble tea? Meh duk dekat sikit sambil bawak bahan-bahan bubble tea tu dekat dengan laptop.



Bahan-bahan

1) Tapioca Pearl/ Bubble


Ni le tapioca pearl tu sebelum masak. Keras berbanding yang dah dimasak, kenyal2. Banyak ni haa dalam satu pek, sampai 3 kilo kauuu.


2) Serbuk perasa (Sukati korang la ye nak rasa ape, ai suke choc, so i punye choc powder le)



3) Serbuk Creamer (Memang ada yang khas untuk bubble tea tau)
4) Air Gula
5) Air
6) Straw gemuk (aha. Ni penting ye untuk menyedut bubble yang hebat rasanye tu :p)


Cara nak buat nye:

First-first tu :
Masak air sampai menggelegak (suhu 100 darjah celcius cikgu sains kate) pastu masukkan bubble dalam air panas tu dan tutup periuk tau. Tunggu la jap dalam 15-20 minit, sempat la kalau nak tengok spongebob satu episod. Lepas dah masak tu, tutup api and biar je bubble tu terendam dalam air dalam 10-15 minit lagi.


Lepas tu:
Keluar kan bubble tu, tos dan rendam dalam air gula supaya rasa la sket manis kat bubble tu.


Bubble yang dah masak dan ditoskan


Lepas tu plak:
Sediakan shaker. Kalau takde shaker, pi laa beli. Kalau nak jimat duit beli Blackberry, toksah beli, selongkar dapur mak anda dan cari laa botol2 yang mulut dia besar Masukkan satu sudu serbuk perasa. Sebenarnya terpulang kat hangpa semua la nak kaw sket kasi taruk banyak sket. Masukkan satu sudu creamer dan air gula. Creamer tu rasa nye cukup la kot satu tapi air gula tu terpulang kalau nak manis buh banyak kalau nak pahit toksah buh langsung. Letak air dan kacau semua tu. Pastu, letak la ais untuk kasi sejuk sikit.




Then:
Menari samba bersama shaker anda. Goncang la sekuat hati sampai sebatu. Ehh sebati. Pastu kan, letak laa bubble anda tu dalam gelas bersama straw gemuk anda. Bukak shaker tu dan tuang air lalu anda pun dah boleh la sedut sampai menjadi ketagih macam i ni.



Semoga anda bergembira lah ye sewaktu membuat bubble tea ni. Kalau nak beli bahan-bahan, cuba cari supplier okai? Kalau dah teragak sangat dan malas nak berkecah-kecah, pi jelaa beli kat kedai. Senang.


Sekian, Selamat Mencoba!
Related Posts with Thumbnails

Love Strucked by Cupid

Daisypath Anniversary tickers